Wednesday, July 29, 2009

...... idaman kami...1

Asalammualaikum berjumpa kembali,kali ini Kak Yong nak bagi teka-teki. Nanti jawab ye.......
Cuba teka kereta apa yang kami naiki ni ?
Clue ada di bahagian seterusnya. Kalau dapat jawab, Ayah kata dapat "Jam Besar Parit".Wow...bestnya barang antik tu....

...... idaman kami...1


Ini di bahagian lampu belakang untuk clue yang pertama... macamana boleh teka ? Tak boleh, kita cuba lagi untuk clue seterusnya.....

...... idaman kami...1


Ni bahagian lampu depan KY nak bagi clue....

...... idaman kami...1


Dapat ke teka kereta apa....? Sorilah KY tak bole bagi tau sebab Ayah suruh teka dulu .Insyaallah nanti kita bagi tau ye...
Ok bye, jumpa next blog utk jawapan....

Saturday, July 25, 2009

Cerita B'day , makan2 & KN.

Sepanjang minggu ni ada beberapa peristiwa antaranya besday Ayah "HAPI BESDAY TO U". KY and family pegi ke Tony Ramo's untuk makan2 ala steak gitu-gitu le.Fu....Yoh 2 pinggan besar steak + minum 2 gelas besar air buah2an.Memang sedap dan .....habis hingga jilat siku ( KY tak buat gitu nanti pak arab kata kebuluknya budak ni) he..he..he...Satu lagi beli kasut Kak nyah dia beli dgn duit usaha dia sendiri.Macamana dia dapat duit tu...dia buat kerja rumah, tolong adik fatin,sapu sampah,lap meja makan,sidai baju.SETIAP MINGGU Ayah akan bagi upah dekat dia.Sebulan setengah dia kumpul utk dapat kasut yg diidamkannya(dekat tapak kasut ada DOLL).Puas hati le dia dapat kasut tu dan tiap-tiap malam asyik check kasut je.Entah le kak nyah buat le... ase....bahagia.

Saturday, July 18, 2009

Alhamdulillah..3

Yeye ....dah sampai.Apa yang sampai. Tengok le sendiri kerusi arab (sofa) yang di order 2 minggu lalu.Mak yang pilih colour dan bentuk dia.Kami tumpang 6 kaki ( campur kaki adik2 ). Boleh le merehatkan diri dan jadi tempat kita orng melepak. Ya ampun enak sekali bantal peluk ini rasa mau tidur aje.

Alhamdulillah ...2


Kami sekeluarga mengadakan makan2 sempena meraikan kedatangan satu lagi family yang datang ke sini iaitu keluarga pakcik Azmi yg tinggal di tingkat bawah .Mak & Ayah mengajak rakan2 mereka yg lain .Meriah, sebab dapat jumpa kawan2 .Ini bahagian lelaki jadi ayahlah layan mereka manakala di bahagian sebelah untuk orang perempuan. Orang Arab buat rumah memang ada 2 bilik tamu sebab di sini tak campur lelaki & perempuan

Alhamdulillah....1

Sudah 2 bulan kak yong & family berada di Saudi.Beberapa peristiwa telah pun berlaku.Antaranya kak yong memenangi hadiah colouring contest drp IKEA di Khobar.Selama seminggu gambar ini akan terpampang di Smaland area di IkEA .Yang dlm plastik tu hadiah le.Adik saya pun tumpang sengih sebab dapat hadiah.Kalau boleh nak menang lagi. Heh..heh..insyaallah.

Sunday, July 12, 2009

Peristiwa 3



Pendaftaran di Jubail International School.Ini di bahagian hadapan receptionist. Di bahagian dalam adalah kelas-kelas. Ini bahagian boys section,bahagian perempuan satu lagi building.Kami tak campur asing2. BI & Arabic diguna waktu P&P manakala Bahasa Perancis sebagai bahasa kedua.Ok kawan2 jumpa lagi......

Peristiwa 2


Ini masa di Dhahran Mall.First time pegi sini.Tempat dia luas.Kami pegi lepas zohor,masa ni org Arab tak ramai sebab dia orang suka keluar waktu malam terutama musim summer ni.Kami pun posing habis.Tengok adik2 saya posing macam nak terpeliut tengkuk.

Peristiwa penting 1


Ini salah satu peristiwa yg penting.Harijadi yg ketujuh buat adik saya Kak Nyah.Jangan terkejut saya yg decorate supaya adik saya nampak macam princess. Ok tak macam princess Ulalamangotango.Jangan marah sis...Happy birthday to U.

Order...apa tu ?


Setelah menunggu apa yang di order inilah dia ..A..B..C..D eh..silap..silap. Rasa dia macam ais yg dicampur dgn pelbagai perisa.Saja je nak bagitau.Semua org dah tahu rasanya.Betul tak Ipin...betul..betul..betul.

Friday, July 10, 2009

Tengok gambar..dah tahu


Kami bersama keluarga uncle Adnan gi ke Khobar. Kononnya nak rasa makanan Malaysia.
Ta.....dham dapat juga cari guna garmin.

Tengok le gambar ni semua muka belum makan lagi. He...he............

Kuala Gandah,Lancang


Ini ketika di Kuala Gandah yang terkenal dgn kaw. gajah.Kami sampai dah lewat tak boleh lah naik gajah yang terhad hanya 200 org je.

Tapi sempat le bergambar dengan gajah byk info boleh dapat terutama tentang gajah sebab penjaga2 gajah di sini peramah dan tak lokek dgn ilmu mengenai kitaran hidup gajah.
Kalau cuti2 tu elok datang ke sini byk tempat boleh dilawati. Bye..bye

Kenanganku....2


Ok kawan-kawan kali ni nak cerita pasal kat trengganu.Sempat juga kami sekeluarga berada di Masjid Kristal.

Lama dah tak gi sini, tengoklah insyaallah jika ada kesempatan nanti.

Saturday, July 4, 2009

Hantaran pertunangan pakcik saya






Gambar ni diambil ketika pertunangan Cik Khir.

Family gathering di A Famosa Melaka



Tengok gambar ni........ masa kami tinggal di sini, saya dan sepupu pantang tengok kolam asyik nak beremdam je sampai kecut tangan dan kaki.

Gaya renang pulak ada yang jadi seperti superman ,batman dan juga ala-ala lipat kipas kudung... plus ombak buatan manusia pun ada.


Kenanganku..... miSs U aLL


Kali ini tajuknya berbeza.Saya nak mengimbas kembali detik2 indah ketika di Malaysia. Setelah sebulan dan beberapa hari kami di K.S.A.

Gambar ini ditangkap ketika sukan tahunan Ini gambar adik saya bersama dengan kawan2nya sebelum acara lariannya bermula.