Friday, December 24, 2010

Winter break...10 days

keaf halik ? bertemu lagi..mohon maaf kerana tak update blog ni.. buat pengetahuan rakan dan saudara...saya baru pulih dari "chicken pox" dan juga sibuk dengan peperiksaan first term...Alhamdulillah saya dah sihat dengan sepenuhnya...begitu juga dengan adik saya inas.Kami berdua juga sibuk dengan peperiksaan first term yang baru selesai pada 22 hb yang lepas.Sekarang ni kami tengah bercuti bagi sesi winter break.Cuti selama 10 hari ni kami tak ke mana-mana memandangkan ayah kami sibuk...insyaAllah ingat nak juga gi mekah dan madinah yang dah lama kami tak jenguk...rindu juga rasanya...

Di kesempatan ini saya nak mengucapkan tahniah sekali lagi buat rakan2 saya yang berjaya mendapat 5A.Kepada mereka.. semoga berusaha dan terus berusaha.Tahniah juga buat cik Khir dan cik Ernie yang memperolehi anak lelaki ..bertambah lagi lah keluarga besar sebelah ayah...heheh..Rasanya itu saja dari saya ..insyaAllah ada rezeki kita bercerita lagi...maassalamah.

Tuesday, November 30, 2010

Chicken pox...



Alhamdulillah...bercerita lagi.Kali ini cerita tentang adik saya...nur inas..Selama 2 minggu dia tak pergi ke sekolah akibat "chicken pox" jadi gambar di atas tu hanya hiasan.Gambaran sebenarnya...he..he..bertompok2 dengan warna pink dan merah.Tapi sekarang ..alhamdulillah dah semakin baik.Doktor kata dia bole gi sekolah mulai minggu depan...senyum lebar le...al maklum orang dah lama tak gi sekolah.

Buat rakan2 di malaysia yang dah dapat result UPSR...tahniah diucapkan.Begitu juga dengan saudara2 saya di malaysia selamat berjaya..baik UPSR maupun SPM...Kepada uncle dan auntie yg dah selamat menunaikan haji..mabrook..semoga mendapat haji yang mabrur.Itu saja setakat ni...insyaALLAH kita bercerita lagi ..maassalamah..ilal ikok

Tuesday, November 9, 2010

Happyland, Al-Hukair, Dammam



Assalamuailaikum...keaf halik?bertemu lagi.Assessment dah tamat utk 1st term,ini adalah waktu yg ditunggu dri grade 3-12.Kami dari grade 6 bersama 2 orang guru telah mengadakan lawatan ke happyland...memang syok habis..saya sampai luka lutut dikejar hantu ketika di spookie house.Tapi tak pa sampai sekolah nurse tolong bagi band aid kat saya..bila teringat kembali..lucu rasanya.Tapi yg mengerunkan saya ialah ketika pertunjukan di reptilia house.Mat ni bermain dgn ular dan binatang berbisa yg lain..eeeewww geli tengok cara dia bermain dgn binatang tu.

Byk aktiviti yg menyeronokkan ketika saya dan kawan2 di sini..hhhaaaaa..tengok le gambar kawan2 saya tu..nak juga masuk posing...Kami sampai di dammam dlm pukul 9 dan aktiviti berakhir pada pukul 1 tghari...uuuhh..memang penat ketika di dalam bas utk kembali ke sekolah, ramai yg ambil kesempatan tidur termasuk le saya..sampai miss madelaine tanya pun dah tak dengar..sorry teacher..eeemm sampai sini saja ..insyaALLAH kami akan bercuti 9 hari sempena hari raya haji..kepada uncle dan auntie yg akan menunaikan haji dri jubail..semoga mendapat haji yg mabrur.InsyaALLAH.Bila tengok channel masjidil haram ...kawasan keliling tawaf tu dah penuh..rindu rasanya nak ke sana...baiklah insyaALLAH kita bercerita lagi...bye.

Cuti-cuti malaysia.....(3)




Alhamdulillah...berjumpa kembali.Minta maaf kerana lewat utk update cerita.Baru je lepas assessment utk 1st term.Masih lagi dgn sambungan cerita bercuti...peluang utk bercuti di sebuah pulau terkenal di pantai timur menjadi kenyataan.Lawatan selama 7 jam menaiki bot dengan lawatan ke enam buah tempat.Dapat mengenali dan mengalami sendiri suasana di laut.Melihat batu karang serta ikan-ikan kecil yang manja dan jinak apabila di beri makanan ..lawatan selama 3 hari 2 malam..memang menyeronokkan sehingga kami pun dah hitam dek kena jemur...he..he..he.Lawatan ini akan menjadi kenangan yg terindah buat saya dan family...Ok le insya ALLAH kita jumpa lagi..maassalamah.

Monday, October 4, 2010

Cuti - cuti malaysia ...( 2 )




Bersambung kembali,rancangan pertama sesudah sampai adalah mengajak kak izah gi ke Sunway pyramid..nak gi ice skating.waktu tu orang tak ramai ,jadi kami berdua- saya dan inas ayun langkah macam skater professional..acah je tu...memang best!Cuti balik mesia pula bersamaan dgn cuti raya.. eemm apalagi cuti sakan le...balik kampung jumpa atuk, opah, mak atuk,sepupu, sedara mara yg lain...mlm raya kami main mercun..best! macam2 bunyi ada ..kuat, perlahan, yang power lagi langsung tak da bunyi pun ada...heh..he..he...keesokan harinya kami gi rumah jiran mak atuk..nak main dgn si arnab kesayangan si fatin...sian kat arnab tu tak da can nak gerak asyik kena dera je...ok ..jgn lupa ikuti sambungan yg seterusnya dlm cuti2 malaysia...maassalamah

Sunday, October 3, 2010

Cuti - cuti malaysia ...(1)



Alhamdulillah...bertemu kembali . Setelah hampir sebulan meninggalkan bumi para anbia kini kami kembali utk bercerita tentang cuti kami sekeluarga di malaysia.Bemula dengan perjalanan kami sekeluarga dari king Fahd International airport tepat jam 2.40 ptg waktu saudi bersamaan dengan 1 september ,bermulalah perjalanan utk kembali ke tanahair setelah setahun setengah tidak menjenguk saudaramara dan sahabat handai ( sedih + terharu) ataupun dalam perkataan yang fofular iaitu ""BALIK KAMPUNG"" transit di dubai International airport selama 1jam setengah...ok le tu tak lama.Perjalanan yang memakan masa 8 jam akhirnya tiba ke destinasi..iaitu MALAYSIA..yeeee hhhaaaaaaa...rasanya cukup le tu, nanti kita sambung utk cerita cuti2 malaysia .Jangan lupa ada sambungan yg kedua. Okay!...jumpa lagi..

Saturday, August 21, 2010

Aktivity Cuti Sekolah ( 4 )...





Masaa al-khair...(Good Evening).Kali ini saya bercerita tentang aktiviti"I Am A Super Muslim".Aktivity ini telah berakhir semalam di Ibn Zahr Beach Camp,Jubail.

Aktivity ini dibahagi kan kepada 4 bahagian mengikut umur...Setiap bahagian pula akan diajar oleh seorang facilitator.Facilitator yang mengajar kita adalah Auntie Kay,Auntie Normawati,Auntie Neeza,Auntie Basyiran dan seorang Ustaz dari Pakistan.

Setelah selesai program....Kami di kumpulkan di dewan untuk acara penyampaian sijil...tengoklah gambar adik Fatin dgn sijil dan goodies yang diberi.Selepas itu,sesi berbuka puasa beramai-ramai bersama ibubapa yang hadir...Sedap makanannya....Rasanya ini saja cerita kali ini...ada rezeki kita berjumpa lagi,Insya-Allah.Ramadhan Kareem ..maassalamah

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah (3)...



Alhamdulillah...bertemu lagi,sepanjang cuti ni saya dan adik banyak menghabiskan masa dgn xtvt membaca.Selain dari tu kita dapat menambah koleksi buku2 cerita.InsyaAllah dlm minggu ini juga ada xtvt "I AM A SUPER MUSLIM" siri terakhir yg akan diadakan di Ibn Zahr beach camp.Alhamdulillah..satu xtvt yg menarik dan terbaik utk anak2 warga malaysia di sini.Terima kasih buat facilitator yg bersusah payah menyediakan bahan2 utk xtvt ini.

Tidak lupa juga rasa syukur kami berdua saya dan adik kepada Allah. Buat mak dan ayah terima kasih kerana bersusah payah mendidik kami.Debaran utk mengetahui keputusan periksa ,akhirnya terjawab...pagi tadi ayah dah pergi ke sekolah utk mengambil keputusan...Alhamdulilah kami berdua bersyukur dgn results kami.Buat kak nyah..mabrook "An outstanding result" dan buat diri saya,semoga prestasi yg terbaik ini dapat kami berdua kekalkan,Alhamdulillah..Okay lah ,insyaAllah kita jumpa lagi,maassalamah.

Monday, August 16, 2010

Aktiviti cuti sekolah (2).....




Ramadan kareem buat saudara mara serta rakan taulan di mana saja anda berada...alhamdulillah ,ini merupakan tahun yg kedua buat kami sekeluarga berada di tanah arab ni...ramadan menjelang lagi....marilah kita merebut peluang yg hanya datang sekali dlm setiap tahun ini...Kali ini warga malaysia di jubail telah mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah uncle rafik dan aunty bashiran,alhamdulillah majlis ini dapat merapatkan lagi siratulrahim antara warga malaysia yg lama dan yg baru sampai ke tanah arab ini...mabrook.Oklah,waktu berbuka dah dekat ni..insyaAllah kita bercerita dilain kali yee...maassalamah..

Aktiviti Cuti Sekolah ( 1 ).....




Assalammuailaikum..Keaf halik? Alhamdulillah kami semua sihat.Dah lama tak update blog ni..aktiviti sepanjang cuti sekolah ni bermula dgn aktiviti mak saya.Sepanjang bulan syaaban yg lepas mak dan rakan2nya seperti aunty linda, aunty za, aunty amber (org pakistan) dan aunty bashiran telah mengikuti kelas bahasa Arab yg diajar oleh teacher khairiah.. selain dri belajar bahasa Arab ,mak dan rakan2 juga belajar masak makanan Arab....seperti dlm gambar diatas iaitu Kabsa @ briyani arab.Memang sedap saya makan dan tambah byk kali...alhamdulillah...ummp kenyang..Kelas yg berlangsung selama sebulan berakhir dgn Farewell party...teacher khairiah sudi utk memasak makanan pda hari tu...Dia juga menjemput 2 org rakan arabnya utk berkomunikasi dgn geng mak...bole la ( khalil )sikit2...insyaAllah.. Ok ,ilal ikok .maassalamah

Monday, July 5, 2010

Cuti Sekolah...










Alhamdulillah semuanya selesai dgn selamat.Saya dan adik saya dah selesai mengambil peperiksaan akhir tahun.Hanya menunggu result sebelum ke grade seterusnya.Agak sedih juga untuk meninggalkan rakan2 selama 2 bulan ni.Begitu juga dgn inas ada juga rakan2 dia yg pindah sekolah sewaktu cuti ni.Gambar di atas ni di ambil pada hari akhir persekolahan bagi penggal 2009/2010.Pada kawan2 di JIS selamat bercuti.

Apa pun cuti ni ada program utk diisi...Cuti sekolah ni kami adik beradik dah siapkan jadual ulangkaji dan tolong mak buat kerja rumah.Emmm...sekurang2nya kita tahu buat kerja rumah dan mengurangkan bebanan mak.Kami juga akan ikut mak yg akan mengikuti kelas bahasa Arab..dlm bulan july ni.Tak lama lagi kami sekeluarga akan pulang utk brpuasa dan berhari raya bersama family yg tercinta di Malaysia... InsyaAllah...rasa macam tak sabar dah...he..he..he..

Buat rakan2 dan keluarga di Malaysia,tak lama lagi kita nak menyambut puasa..selamat berpuasa buat semua.Kami berpuasa di sini dulu sebelum balik lagi seminggu raya..InsyaAllah.Ok lah ..jumpa di cerita yg lain pula.

Monday, June 14, 2010

Party .....


(fatin, mumtaz, Alyyn)

(Yusof, Alyyn dan fatin)

Alhamdulillah..bertemu lagi.Kali ini tajuknya tentang party yang adik fatin dan emak saya hadiri.Party ini telah diadakan pada 9 June yang lalu.Party ini bersempena tamatnya sesi persekolahan adik saya.Party yang diadakan di Kemya Camp bermula pada pukul 10 pagi dan selesai pada pukul 12 tghari.Ada macam2 acara seperti bercerita ,games,bacaan surah,sesi membaca serta acara yang paling best mengutip hadiah daripada ibu2 yang hadir pada hari itu.Sesi bergambar tidak dibenarkan kerana para ibu2 Arab akan membuka abaya mereka..masa ni lah mereka bergaya sakan..tapi mak mohon jasa baik teacher Khaireeyah ( cikgu fatin ) utk mengambil gambar budak2 je.
Tahniah ! buat adik fatin yang sekarang ni bole membaca walaupun agak merangkak-rangkak.

Fakta menarik,para ibu berbangsa arab akan membawa hadiah dan memberikannya pada semua kanak2 yang hadir.Emmm..bahagianya si fatin dapat hadiah yang byk pada hari itu.Bagi para ibu pula masa ini lah mereka mengenali ibu2 dari pelbagai negara.Makanan yang dihidangkan pula lebih pada manisan..faham2 le arab ni suka yang manis tapi kata mak, nasib baik ibu daripada Pakistan bawa burger..rasa sebiji macam burger malaysia,tapi dia guna byk rempah ratus di dalamnya.Setakat ini saja , saya nak tolong adik fatin buka hadiah ye...jumpa lagi...maassalamah.

Monday, May 31, 2010

Kawan baik......



Assalammuailaikum...bertemu lagi kita .Dalam minggu ini ada cerita baru tentang kawan baik kak nyah yang datang ke rumah...Gembira sungguh noor( panggilan kak nyah di sekolah )apabila kawan baiknya hendak datang.Nama kawannya ialah Baraah..orang arab syria.Kata ayah baraah..hari2 ada je cerita anaknya tentang noor (kak nyah) .So, hari jumaat lepas baraah datang beserta buah tangan satu kotak chocolate..tak tahu le sebab apa baraah bagi mungkin tanda terima kasih kut...tak tahu lah.

Apapun sepanjang hari tu..kak nyah dan kawan dia main basketball, belajar dan macam2 activity lagi lah yang diaorang buat...Kira puas hati le diaorang berdua dapat jumpa setelah lama buat appointment..he..he..he..Ok lah setakat ini saja cerita saya ..insyaAllah kita berjumpa lagi...ilal ikok( bye ).

Monday, May 24, 2010

International Day







Marhaba...berjumpa lagi. Cerita kali ini berkisar pada acara anjuran sekolah yg melibatkan keseluruhan grade 1 - 12 memperkenalkan setiap negara di dunia dgn budaya,makanan,ekonomi dan sebagainya.Grade 5 dikehendaki memperkenalkan negara Egypt kepada ibubapa serta rakan2 kelas yg lain.Program ini adalah bertujuan utk memperkenalkan budaya,makanan ,pakaian dan pelbagai lagi dlm usaha utk mendedahkan negara tersebut kepada orang luar.Acara kemuncak ialah tarian tradisi orang egypt iaitu "tarian gelek" tak bole nak tunjuk gambar sebab tarian dia memang hebat...penari yg menarikan tarian tersebut tahu lenggok dan siap dgn pusing2 kepala lagi macam helicopter...heh...heh...

Manakala utk kelas Kak nyah pula kelas dia memperkenalkan negara Arab Saudi.Kelas kak nyah ada makanan popular arab seperti kebab, nasi mandi dan sebagainya.Tarian pun ada juga cuma kelas kak nyah tarian dia tak sehebat kelas kak yong sebab tarian dia hanya menghayunkan pedang sahaja.

Apapun kak yong puas hati sebab grade 4 memperkenalkan malaysia maka ada byk lah juga makanan malaysia...sempat juga lah ambil 4 cucuk sate...kira orang yg last le..sate laku..orang lain dah ambil dulu..Ok lah jumpa di lain cerita...maassalamah

Sunday, May 9, 2010

Tahniah.....



Assalamuailaikum..buat family dan kawan2 di sana ..dah sebulan tak update blog ni..al maklumlah tengah sibuk dengan exam for term 2 .Alhamdulillah kakyong dan kak nyah berjaya meningkatkan prestasi markah yg lebih baik.Tahniah juga buat kak nyah yg berjaya mendapat "Honor Roll Achievement" semoga kak nyah kekalkan prestasi A+ ni,insyaallah.Alhamdulillah sekarang ni pula tengah sibuk persediaan bagi first assessment utk term 3 ( final exam).Bagi diri saya, persiapan bagi menduduki peperiksaan Cambridge International Primary Programme (CIPP),through British Council.Peperiksaan ini dijangka in late May or early June.Insyaallah saya akan buat yang terbaik.
Tahniah juga buat adik fatin yg dah bersekolah.Amboi2...ada saja berita yg di bawa pulang.Seronok juga dengar cerita dia.Itu tak lagi buah tangan yg di bawa dari sekolah.Ok le tu fatin ...kalu seronok.. bole le teruskan.Gurunya 2 orang, seorang Arab dan seorang lagi dari Canada.Muridnya tak ramai dalam 11 orang.Gambar di atas tu diambil ketika hari pertama fatin di sekolah...mula2 malu tapi kemudian mau...tengok le siap menyanyi lagi, di sebelah dia tu, berbaju biru adik Alin orang malaysia...Ok le, terima kasih kerana membaca cerita saya ni..insyaallah nanti kita bercerita lagi...maassalamah(goodbye)

Monday, April 12, 2010

Jubail -Riyadh - Mekah



Alhamdulillah..kami sekeluarga beserta keluarga Uncle Azri selamat mengerjakan umrah utk kali yg seterusnya.Perjlnan yg bermula dari Jubail - Riyadh - Mekah dipermudahkan oleh Allah.Kami parking kereta di Kudai (parking private)hanya 3 km dri Masjidil Haram selepas itu kami 2 keluarga menaiki taxi dan seterusnya ke hotel penginapan .Sebelum itu kami bermiqat di Taif (miqat al mehram)tempat miqat kesukaan orang2 Arab.Setelah siap urusan di sana kami menuruni bukit dari taif - mekah.Ini merupakan jalan pintas utk ke mekah yg hanya mengambil masa 15 minit sahaja.Di sini juga byk tempat menarik khususnya bagi yg ingin bercuti ala resort.Alhamdulillah..perjlnan balik pun dipermudahkan walaupun hujan membasahi bumi riyadh..kami sekeluarga selamat sampai sebelum maghrib pada hari ahad yg lepas..oklah moga berjumpa di cerita yg lain pula..au revoir(bye)

Saturday, April 3, 2010

Basikal baru Fatin dan Durian



Assalamuailaikum,sekarang kami tengah menghabiskan cuti sekolah (spring break)bermula pada 30 mac - 17 april.Cuti yg panjang ni bermacam2 program dilaksanakan ada yg balik kg,bercuti makan angin dan macam2 lagi .Tapi kami sekeluarga memilih utk berada di Mekah @ Madinah insyaallah..cerita terbaru adik fatin dapat basikal baru berwarna pink..suka sangat le dia..maklum le warna kegemaran..kami panggil basikal baru dia "maksu" sebab hampir dgn nama basikal dia"lulwa" jgn mareeee ye maksu..satu lagi kami gi ke Lulu Hypermarket biasa le cari makanan asia..tup2.. jumpa si durian ni...apalagi ambik je le...harga jgn tanya..2 biji je..dah dekat seratus harganya...apa bole buat hidup merantau nak makan kena le beli walaupun harganya..uuuuuhhh bole tahan..hilang juga le rasa rindu nak makan buah ni..sedap hingga menjilat jari...he..he...he..Ok lah, jumpa lagi di cerita yg lain pula...ilal ikok(bye)

Sunday, March 21, 2010

Persandingan Cik Khir



Alhamdulillah..semuanya telah selesai,majlis persandingan Cik Khir dan Cik Ernie berlangsung dgn baik.Kami di sini mendoakan agar pengantin berbahagia hingga ke akhir hayat.Buat Kak Izzah yg menghantar gambar, terima kasih.Dapat juga kami kongsi rasa gembira bermula dari persiapan hingga ke majlis tersebut.Yang bestnya ada aturcara BBQ...sedapnya tengok makanan yg dibakar...eemm cemburunya! Ok le jumpa lagi.Au revoir (bye2)

Saturday, March 6, 2010

Science Fair Jubail Int. School




Asalammuailaikum..hari yg dinantikan iaitu hari science fair..ky dan rakan2 bertungkus lumus utk menyiapkan projek ini.Setiap kumpulan telah diberi pilihan utk projek ini.Ky dan rakan memilih utk membuat projek tentang 'TEETH ' sambutan amat menggalakkan drpd ibubapa yg hadir .Mrs Naureen dan Miss Farzana berbangga dgn kelas kami kerana projek2 dri kelas kami mendapat perhatian yg menggalakkan..buat rakan2 yg lain tahniah diucapkan..semoga projek seperti ini akan diteruskan pada masa2 akan dtg..yg penting self confident utk bercakap depan parents...berjaya! Ok kwn2 jumpa lagi. ma'assalamah

Saturday, January 30, 2010

Trip ke Sci Tech di Khobar.


Ahlan Wa Sahlan,gambar ini ditangkap di kelas saya sebelum bertolak ke Sci Tech,Khobar.Ini merupakan trip yg pertama sepanjang saya bersekolah di sini.Kami pergi dgn 6 buah bas yg terdiri dari grade 3-12. Saya & rakan2 begitu teruja utk ke sana.Kami sampai di sana pukul 9.00 a.m.Lawatan kami dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu anggota badan,binatang darat,bumi dan binatang di laut.Tetapi yg paling teruja ialah The Max iaitu cinema yg menayangkan dokumentari berbentuk 3-D. Sebelum keluar kami sempat pergi ke gift shop .Alhamdulillah,kami selamat sampai ke sekolah seperti yg di rancang.

Sport day di J .I. S.



Assalammuailaikum, bertemu lagi ..kali ini saya nak cerita tentang sport day di Jubail International School.Sport day di sini berbeza kerana setiap permainan akan di selang-seli dengan tarian ataupun aerobic.Saya masuk acara golek tayar utk grade 5.Alhamdulillah ,team kami menang tempat pertama.Manakala adik saya di grade 1 masuk acara tangkap bola mendapat tempat kedua.Acara sport day di sini tak lama hanya memakan masa 2 jam sahaja.Apa pun saya gembira kerana sport day kami diadakan pada musim sejuk..ok kawan2 jumpa lagi.Ma'assalamah.

Tuesday, January 19, 2010

Mekah...Umrah dan Ziarah



Alhamdulillah..sekali lagi berpeluang utk ke mekah membuat umrah..syukur pada Allah yang memberi ruang untuk saya dan keluarga malaksanakan umrah dan tawaf sehingga selesai.Alhamdulillah saya berpeluang untuk mencium hajar aswad..yg selama ini hanya saya lihat di TV maupun majalah..syukran.Kali ini saya berpeluang membuat ziarah mekah bersama dengan uncle dari Universiti Ummu Qubra..terima kasih di atas info yang diberikan..byk maklumat yg selama ni saya tak tahu kini saya memahami betapa sukarnya perjuangan rasulullah dlm menegakkan islam.Insyaallah saya ingin dtg lagi utk mendapatkan info2 yg lain pula.Buat uncle khairul dan asmawi terimakasih semoga dilain kali boleh bercerita lagi...oklah jumpa di lain kali..insyaallah,ma'assalamah

Sunday, January 3, 2010

Kembali dari spain dan jumpa Opah/Atuk



Assalammuailaikum buat semua.Kami di sini alhamdulillah sihat.Lama tak update blog ni...sibuk kerana nak Exam ..huh...berasap kepala saya...Cerita tentang gambar di atas ,masa ni nak ke airport ( balik ke KSA ).Tu dia.. hujan salji turun dengan lebatnya...kereta kami dah penuh dengan salji...Alhamdulillah kami selamat sampai ke Dammam KSA seperti yang dijadualkan..Amin . Peristiwa kedua sekembali dari spain dapat jumpa opah/atuk di madinah....best dan rindu.. amat sangat dengan tuk/opah ,apalagi berkepitlah kami dengan orang yang kami sayang ni..heh..heh..jangan cemburu ye.... .Oklah insyaallah ada rezeki kita cerita lagi.Ma'assalamah