Thursday, December 3, 2009

Main salji di Valdelinares



Main salji di puncak pergunungan Valdelinares bergambar ketika hujan salji lebat turun .Ketika ini suhu turun ke paras Below 0 degree.Memang sejuk berasap mulut.Apalagi ambil gambar dulu..ooohh kebas tangan

Granada Al Hambra


Salam buat semua kali ini kisah berkisar di Al Hambra yang kini menjadi sejarah buat negara di Espana ni.Diiktiraf oleh Badan Dunia "UNESCO" sebagai world Heritage. Lawatan ke sekitaran bangunan bersejarah ini membuat saya terharu bahawa pernah satu ketika dulu Islam bertapak di sini.Hanya bangunan ini saja masih unggul berbanding di Cordoba yang telah musnah Oklah kawan2 jumpa di cerita yang lain pula .Adios.....

Tuesday, November 24, 2009

barcelona.. here we come!

Buenos dias..(selamat pagi) kepada rakan2.Gambar di ambil di bandar metropolitan Barcelona .Bandar yang kaya sejarah yang dikaitkan dgn Granada.Di sini bermula era Christoper Columbus sampai ke tanah Espana ni.Masih ada tugu Columbus yg menunjuk ke arah east side sepatutnya dia tunjuk arah west side.Tak tahulah kita hanya baca sejarahnya saja.Terlalu byk building yang aneh di sini spti Sagrada Familia dll.Oklah nanti bole tengok slide di bawah ..Adios(bye)



Monday, November 16, 2009

From spain with love....



Hola(hello),selamat bertemu kali ini kami dekat spain mengikuti ayah yang sedang training di sini.Banyak tempat yang menarik sudah kami dilawati.Gambar ini ditangkap di Plaza De Espana, Cartagena.Ini dulu tempat pelabuhan.Kami datang sini untuk beli souveniers.Banyak barang2 yang menarik.moga anda bergembira melayari blog ini.Ada banyak lagi gambar dipaparkan di dalam facebook mak saya semoga berjumpa lagi di kisah yang lain Adios.......






Saksikan slide di bawah


Tuesday, October 20, 2009

First Day....1

Assalamuailaikum dan selamat bertemu.Terlalu byk aktiviti yang dah berlaku antaranya ialah perjalanan ke Madinah bersama family.Gembira kerana dapat juga tengok makam Rasullullah dan bersembahyang di Masjid Nabawi.
Aktiviti kedua ialah jamuan raya,kali ni Ayah & kawan2nya buat jamuan raya di rumah Pakcik Azmi.Alhamdulillah semuanya selesai.
Hari yang ditunggu dah tiba..pada 17/10/09 hari pertama persekolahan.Berdebar dan tak sabar utk pergi ke sekolah.Suasana amat berbeza...murid..infrastruktur sekolah.Guru KY namanya Mrs Naureen. She is a good teacher and very polite. Nak cerita pasal canteen...memang funny sebab tak jual makanan macam Malaysia, hanya jual snack & juice.Selalunya KY & KN bawa bekal yang mak sediakan walaupun dibekalkan dgn duit, KY selesa makan makanan yang dibekalkan.Jangan terkejut di sini rehat 2 kali. Bukunya pula tebal dan banyak.Nasib baik pihak sekolah beri loker pada semua murid.Eeh.....rasa macam sekolah kat High School Musical pulak. Pakaian ...tak le membebankan.. macam KY & KN bole pakai abaya kalau nak tetapi digalakkan kalau ada.. memakai uniform sekolah.Apalagi ye....jangan lupa tengok bahagian cerita seterusnya di bawah.Pada semua selamat berjumpa lagi.Insyaallah

First Day.........2

Naik.... jangan tak naik....apa lagi kawan2.. first time gi dengan bas. Bas datang dalam pukul 6.50 kira sempat le uncle driver pusing ambil budak2 lain. Mula naik rasa pening juga sebab tak pernah naik bas...heh..heh...heh...tapi dah masuk hari ke-2 ....oklah.
Buat kawan2 terimakasih kerana mengikuti blog saya ni.Insyaallah jika ada masa saya cuba update cerita terkini.Kami sekeluarga akan bertolak ke Spain pada hujung bulan ni kerana mengikuti ayah training ke sana.Kepada saudara-mara,sahabat handai & pengunjung blog terimakasih dan berjumpa lagi...ila ikok.

Monday, September 28, 2009

Turkiye.....

Selamat bertemu kembali dah lama menyepi kali ini Ky akan bercerita serba sedikit suasana di Turki.Gambar di ambil di sekitar Taksim .Kami pergi bersama satu lagi family iaitu keluarga uncle Pian belakang Ky tu anak dia Syafiq.Alhamdulillah Ky rasa seronok dapat menikmati keindahan Istanbul tempatnya memang cantik dan udaranya sejuk saja.Memang sesuai untuk beristirehat dan bercuti.

Hari pertama sampai kami masih puasa lagi ada pasar ramadan Turki .Hari2 seterusnya kami melawat tempat bersejarah seperti Blue mosque, Hagia Shopia ,Arasta bazaar, Topkapi Palace di sini ada ditempatkan peninggalan Rasullulah spt pedang,janggut ,stamp dan bekas2 simpanan barang rasullullah.Rasa terharu Ky bagaimana Rasullullah dan sahabat2nya menyebarkan Islam.Bagus juga sekurang-kurangnya Ky dapat info berguna tentang Rasullullah.

Hari berikutnya kami belayar menaiki bot selama 6 jam , menaiki bas melihat sekitaran bandar Istanbul yang byk bangunan bersejarah dan masjid2 lamanya. Aktiviti yang tak bole ditinggalkan pastinya shhhooooppiiiinnnggg.....Apa lagi gelang , baju T- shirt , baju kulit, souvenir2 yg lain juga tak lupa utk di bawa pulang huhhh...sakan bershopping sampai beranak satu beg...heh..heh..heh..

Insyaallah kami akan cuba upload gambar utk tatapan family di malaysia nanti. Kena tunggu le.... .Byk nak cerita tapi tak larat dah nak tulis .Kaki pun masih lenguh lagi sebab banyak berjalan .OKlah sampai jumpa lagi....gule gule bermakna bye( versi Turki).

Wednesday, September 16, 2009

SeLaMat HaRi RaYa dari Kami..........


Lama tak update cerita dari sini , mohon maaf KY agak kurang sihat mungkin kerana pertukaran musim maklumlah nak ke musim sejuk. Di kesempatan ini KY dan family nak mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA" buat family besar Ayah dan family sebelah Mak tak larat nak tulis nama sebab ramai sangat.
Insyaallah , kami sekeluarga akan berhari raya di Turki tengoklah jika ada kesempatan bolehlah berskype....he..he...he.. dgn family di Malaysia.Begitu juga buat rakan2 KY minta maaf jika ada yang terlebih gurau...minta maaf jangan marah.....ye..
Sempena hari yang mulia ini kami sekeluarga ingin memohon maaf jika ada salah silap . Harap2 KY tak nangis di pagi raya nanti terutama bila dengar takbir raya kenalah tahan sebab hidup merantau ni mesti jauh daripada saudara mara.
Oklah sampai di sini saja" Dari jauh kami pohonkan ampun maaf, jangan sedih pagi raya tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia ...... Jangan lupa duit raya untuk Ky and adik2 hingga kami pulang ke malaysia. ....." ( Tune lagu Sudirman "Dari Jauh Ku Pohon")

Sunday, September 6, 2009

Nak gi mana ni.......

Baru je cerita pasal puasa tengoklah ceritanya ada di bahagian bawah. Ni KY nak cita pasal cuti pulak .Kat sini cuti raya 7 hari memandangkan sekolah akan buka lepas raya jadi kami sekeluarga ambil kesempatan utk melancong nak tengok negara lain.Destinasinya tergolong salah satu dari negara Eropah. Menariknya negara ini ada bahagian Asia dan bahagian Eropah.Tak taulah macamana nak cita tunggu kita pegi dulu.
Ini adalah gambar di mana KY & family akan pegi.Jadi kalau ada yg nak meneka tu silakanlah..he..he..he.. Ingat nak balik Malaysia bole raya..dengan saudara2.Ayah kata nak balik malaysia tak cukuplah 7 hari , mesti nak lama nak lawat semua family, insyaallah .Jadi Ayah ambil keputusan utk bercuti je , lagipun tak terburu2 nak sekolah nanti .Keperluan sekolah pun dah beli tunggu nak masuk je lah.Tempat yg kami lawati nanti hanya 4 jam je..dgn flight daripada sini.Apa yang penting KY dan adik2 dapat ilmu baru tengok negara orang dan yang penting bersyukur dengan nikmat dan kejadian yang Allah jadikan. Betul tak kawan2....Ok jumpa lagi ...Ma' sallamah.

Cerita bulan Puasa


Alhamdulillah KY & KN dah selesai menghabiskan posa yg ke 16 hari di Tanah Arab Saudi ni.Memanglah mencabar terutama di musim panas ni tetapi syukur pada Allah kami berdua dapat melaksanakannya dengan baik, Alhamdulillah.
Sepanjang ramadan di sini kami sentiasa menerima undangan berbuka di rumah kawan2 Ayah.Bestjugak dapat jumpa kawan2.Ini kawan baru KY & KN baju kuning tu...nama dia Ain dan sebelah lagi tu baju biru.. Sophea.Ni dekat compound ARAMCO di Ras Tanura.
Bagaimana dengan saudara2 dan kawan2 di Malaysia berbuka mesti best....kan sebab bole gi pasar ramadan betul tak.....Hanya tinggal beberapa hari lagi puasa sebelum kita menyambut aidilfitri.Kami berdua tak beli baju raya sebab insyaallah kami nak gi bercuti. Di mana ya.... tunggu...............................

Wednesday, August 26, 2009

Selamat berpuasa dr kami di Arab Saudi

Ramadhan Al- Kareem buat semua family, sahabat handai saudara mara dan pembaca blog Ky ni.Alhamdulillah ini merupakan 1st time kami sekeluarga berpuasa di perantauan.Sedih, sebab Kak Yong dan adik2 tak dapatlah kutip duit raya .Seronok kerana puasa di sini meriah.Bukan sebab ada kuih muih ramadan tetapi kurma + zam-zam ramadan.Emm....apalagi ya...Haaaaa..... ada satu peringatan yang penting. Apa dia yeee......Ingatlah....wahai saudaraku sekelian, simpanlah duit raya kami itu elok2 .He..he..he.. Oklah buat semua di sana jangan lupa berbuka + bertarawih + bersahur = SELAMAT BERPUASA.

RINDUNYA....................... RAYA.

Friday, August 21, 2009

Cerita .Mekah


Gambar di ambil dari bilik hotel cuma 100 meter nak ke masjidil haram.Jadi Ky dan family tak da miss setiap kali sembahyang fardhu.Kami tinggal di Hotel Al-Safwah Orchid.Dlm building ni ada satu2nya restoran Malaysia iaitu Felda D'Saji.Rasa nak makan makanan malaysia, insyaallah , senang dapat walaupun tak semua jenis makanan ada, sekurang2nya lepaslah rindu nak makan mee sup, memang sedap...yum..yum..
Kak nyah sampai order 3 kali.
Gambar di belakang tu pulak diorang tengah buat pembesaran masjidil haram( bahagian berdebu).Orang tak ramai sangat jadi senang lah buat tawaf.Alhamdulillah Ky doakan buat semua family di malaysia kesejahteraan dunia & akhirat,murah rezeki ,sihat tubuh badan dan panjang umur agar yang lain dapat ke sini seperti Ky dan family.Memang sedih nak tinggalkan mekah ni Ky rindu dengan azan dia memang syahdu je bunyi dia.Ky tanya ayah bole tak kita datang lagi.Ayah kata ,insyaallah.Ayah cakap kalau kita ingat Allah selalu ..Allah akan ingat dengan kita selalu.Jadi hari2 Ky nak minta dgn Allah agar dapat ke sini lagi.Insyaallah.Oklah selamat bertemu di lain cerita.Selamat berpuasa pd family di malaysia jgn lupa kiriman buah tamar yang akan sampai sabtu ni 23.8.09. Bye.....

Cerita .Mekah

Ni selepas sembahyang isya' jadi ambil kesempatan bergambar depan kaabah. Lepas tu kita minum air zam2 .




Cerita .Mekah


Ha....tengok ini , adik fatin tak larat jalan jadi Ky pun ambil upah bawa dia. Huh...bole tahan berat budak kecik ni sampai tumbuh muscle Kak yong.

Cerita .Mekah


Alhamdulillah...Ky dan family slmat menunaikan umrah.Emm...first time pegi rasa rindu nak gi lagi.Insyaallah
Ky rindu dengan azan di sana sedap bunyi dia. Waktu tawaf Ky nampak mak nangis tapi mak dah cakap jgn cakap apa2 cuma diam je.Mak suruh banyak baca zikrullah yang kita tahu...Alhamdulillah gambar ni di ambil setelah selesai semua. Masa saei' memang penat tapi Ky dan adik2 dapat habiskan dengan berpeluh...he..he..he

Saturday, August 8, 2009

Kiriman dari Saudi

Salam sejahtera, alhamdulillah sekiranya tak ada halangan kiriman kami dari tanah arab ini akan sampai ke malaysia dlm masa 14 hari, insyaallah.
Ayah ada mengirimkan buah tangan dari sini iaitu tamar buat semua family di sana .Diharapkan agar keberkatan bulan ramadan yang akan tiba nanti dapat kami kongsi bersama dengan kiriman dari sini. Oh...ya sebelum terlupa minggu hadapan ( 12 - 15.9.09 ) KY and family akan mengerjakan umrah . KY berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan tambahan pula ini first time KY dan adik2 pergi ke sana. Mak & Ayah ada ajar selok belok tentang perkara ini. Insyaallah,KY doakan agar dipermudahkan pekerjaan ibadat KY & family nanti,insyaallah.OKlah.. kita akan bertemu dua minggu lagi untuk cerita2 terkini nanti , insyaallah.

Monday, August 3, 2009

...idaman..2

Selamat bertemu .Inilah dia jawapannya....Mercedes S 320. Kepada yang berjaya meneka dgn tepat, tahniah ! Inilah kereta idaman kami sekeluarga, insyaallah. Bahagian dalamnya luas. Leather seats, nak betul tempat duduk pakai elektronik, ruang kaki.. fu..yoh luas. Kalau pintu tak rapat dia sendiri akan rapatkan lebih kurang gitulah,tak tau macamana nak terangkan . Yang paling ..paling ..best sekali ada sunroof. Kalau pegi ke corniche di fanateer kita pun suruh Ayah buka sunroof dan kita pun keluar le kepala..sedut angin panas Arab Saudi. Macam dalam gambar ni..tapi Ayah tak bawa laju..slow..slow..saja. Insyaallah, harap dapat pakai lamalah kereta ni. Betulkan Ayah...he..he..he.... Oklah jangan lupa ada lagi gambar di bahagian seterusnya. Jumpa lagi...

...idaman..2


Ha..ha..ha.. ini di bahagian sudut belakang kereta.Nampak kepala adik Fatin. Bahagian bonet belakang memang luas. Alhamdulillah..semoga murah rezeki Ayah.Lagi satu kereta dah ada, mari..mari..mari... sapa mau datang ke sini bole cuba ini kereta. Minyak murah..murah..jangan takut.

...idaman..2


Apa lagi Ayah pun posing habis dengan kereta idamannya.Macamana Ayah best tak ? Mestilah best S class ( S 320 ) . Ok , Ayah steady.... ready... go...

Sunday, August 2, 2009

...idaman..2

Haaa.. ini bahagian dalam dia.KY pun tak tau nak terangkan . Apa pun kepada yg berjaya meneka tahniah ! Dapat le jam beso... Parit . BYe..bye jumpa lagi...

Wednesday, July 29, 2009

...... idaman kami...1

Asalammualaikum berjumpa kembali,kali ini Kak Yong nak bagi teka-teki. Nanti jawab ye.......
Cuba teka kereta apa yang kami naiki ni ?
Clue ada di bahagian seterusnya. Kalau dapat jawab, Ayah kata dapat "Jam Besar Parit".Wow...bestnya barang antik tu....

...... idaman kami...1


Ini di bahagian lampu belakang untuk clue yang pertama... macamana boleh teka ? Tak boleh, kita cuba lagi untuk clue seterusnya.....

...... idaman kami...1


Ni bahagian lampu depan KY nak bagi clue....

...... idaman kami...1


Dapat ke teka kereta apa....? Sorilah KY tak bole bagi tau sebab Ayah suruh teka dulu .Insyaallah nanti kita bagi tau ye...
Ok bye, jumpa next blog utk jawapan....

Saturday, July 25, 2009

Cerita B'day , makan2 & KN.

Sepanjang minggu ni ada beberapa peristiwa antaranya besday Ayah "HAPI BESDAY TO U". KY and family pegi ke Tony Ramo's untuk makan2 ala steak gitu-gitu le.Fu....Yoh 2 pinggan besar steak + minum 2 gelas besar air buah2an.Memang sedap dan .....habis hingga jilat siku ( KY tak buat gitu nanti pak arab kata kebuluknya budak ni) he..he..he...Satu lagi beli kasut Kak nyah dia beli dgn duit usaha dia sendiri.Macamana dia dapat duit tu...dia buat kerja rumah, tolong adik fatin,sapu sampah,lap meja makan,sidai baju.SETIAP MINGGU Ayah akan bagi upah dekat dia.Sebulan setengah dia kumpul utk dapat kasut yg diidamkannya(dekat tapak kasut ada DOLL).Puas hati le dia dapat kasut tu dan tiap-tiap malam asyik check kasut je.Entah le kak nyah buat le... ase....bahagia.

Saturday, July 18, 2009

Alhamdulillah..3

Yeye ....dah sampai.Apa yang sampai. Tengok le sendiri kerusi arab (sofa) yang di order 2 minggu lalu.Mak yang pilih colour dan bentuk dia.Kami tumpang 6 kaki ( campur kaki adik2 ). Boleh le merehatkan diri dan jadi tempat kita orng melepak. Ya ampun enak sekali bantal peluk ini rasa mau tidur aje.

Alhamdulillah ...2


Kami sekeluarga mengadakan makan2 sempena meraikan kedatangan satu lagi family yang datang ke sini iaitu keluarga pakcik Azmi yg tinggal di tingkat bawah .Mak & Ayah mengajak rakan2 mereka yg lain .Meriah, sebab dapat jumpa kawan2 .Ini bahagian lelaki jadi ayahlah layan mereka manakala di bahagian sebelah untuk orang perempuan. Orang Arab buat rumah memang ada 2 bilik tamu sebab di sini tak campur lelaki & perempuan

Alhamdulillah....1

Sudah 2 bulan kak yong & family berada di Saudi.Beberapa peristiwa telah pun berlaku.Antaranya kak yong memenangi hadiah colouring contest drp IKEA di Khobar.Selama seminggu gambar ini akan terpampang di Smaland area di IkEA .Yang dlm plastik tu hadiah le.Adik saya pun tumpang sengih sebab dapat hadiah.Kalau boleh nak menang lagi. Heh..heh..insyaallah.

Sunday, July 12, 2009

Peristiwa 3



Pendaftaran di Jubail International School.Ini di bahagian hadapan receptionist. Di bahagian dalam adalah kelas-kelas. Ini bahagian boys section,bahagian perempuan satu lagi building.Kami tak campur asing2. BI & Arabic diguna waktu P&P manakala Bahasa Perancis sebagai bahasa kedua.Ok kawan2 jumpa lagi......

Peristiwa 2


Ini masa di Dhahran Mall.First time pegi sini.Tempat dia luas.Kami pegi lepas zohor,masa ni org Arab tak ramai sebab dia orang suka keluar waktu malam terutama musim summer ni.Kami pun posing habis.Tengok adik2 saya posing macam nak terpeliut tengkuk.

Peristiwa penting 1


Ini salah satu peristiwa yg penting.Harijadi yg ketujuh buat adik saya Kak Nyah.Jangan terkejut saya yg decorate supaya adik saya nampak macam princess. Ok tak macam princess Ulalamangotango.Jangan marah sis...Happy birthday to U.

Order...apa tu ?


Setelah menunggu apa yang di order inilah dia ..A..B..C..D eh..silap..silap. Rasa dia macam ais yg dicampur dgn pelbagai perisa.Saja je nak bagitau.Semua org dah tahu rasanya.Betul tak Ipin...betul..betul..betul.

Friday, July 10, 2009

Tengok gambar..dah tahu


Kami bersama keluarga uncle Adnan gi ke Khobar. Kononnya nak rasa makanan Malaysia.
Ta.....dham dapat juga cari guna garmin.

Tengok le gambar ni semua muka belum makan lagi. He...he............

Kuala Gandah,Lancang


Ini ketika di Kuala Gandah yang terkenal dgn kaw. gajah.Kami sampai dah lewat tak boleh lah naik gajah yang terhad hanya 200 org je.

Tapi sempat le bergambar dengan gajah byk info boleh dapat terutama tentang gajah sebab penjaga2 gajah di sini peramah dan tak lokek dgn ilmu mengenai kitaran hidup gajah.
Kalau cuti2 tu elok datang ke sini byk tempat boleh dilawati. Bye..bye

Kenanganku....2


Ok kawan-kawan kali ni nak cerita pasal kat trengganu.Sempat juga kami sekeluarga berada di Masjid Kristal.

Lama dah tak gi sini, tengoklah insyaallah jika ada kesempatan nanti.

Saturday, July 4, 2009

Hantaran pertunangan pakcik saya






Gambar ni diambil ketika pertunangan Cik Khir.

Family gathering di A Famosa Melaka



Tengok gambar ni........ masa kami tinggal di sini, saya dan sepupu pantang tengok kolam asyik nak beremdam je sampai kecut tangan dan kaki.

Gaya renang pulak ada yang jadi seperti superman ,batman dan juga ala-ala lipat kipas kudung... plus ombak buatan manusia pun ada.


Kenanganku..... miSs U aLL


Kali ini tajuknya berbeza.Saya nak mengimbas kembali detik2 indah ketika di Malaysia. Setelah sebulan dan beberapa hari kami di K.S.A.

Gambar ini ditangkap ketika sukan tahunan Ini gambar adik saya bersama dengan kawan2nya sebelum acara lariannya bermula.

Tuesday, June 30, 2009

Bersantai di Corniche fanateer.

Wauuuuu... tajuk mengancam jiwa dan raga yu.......

Berehat sambil melayari internet secara free........willy di kawasan ni. Saya dan adik - adik bermain di kawasan taman permainan.Macam - macam jenis permainan ada climbing wall,teksi sapu yang boleh goyang - goyang , buaiannya pula tinggi - tinggi ikut size Arab tak sampai nak naik.

Oklah kawan2 itu saja cerita saya kali ini.Rasa ngantuk pulak
saya nak peluk bear yang kawan2 beri sebagai hadiah.

Jalan-jalan di Royal Commision ( RC )

Jalan menuju ke perumahan saya di kawasan RC.
Ianya adalah salah satu jalan daripada beberapa jalan yang terdapat di sini.

Kadang - kala kami keluar berjalan - jalan atau cari barang keperluan.

Kalau hari cuti ( khamis & jumaat ) jalan jauh sikit
kami sekeluarga akan ke khobar.

Ok geng, sampai jumpa lagi . bye..bye.............


Friday, June 26, 2009

Rumah saya.


Inilah rumah saya .Kami tinggal di kawasan Royal Commissioning. Di Al-Ahsa North Sector (Al Ahsa 5)

No rumah 132, tak jauh dari kawasan fanateer salah satu tempat rekreasi yang popular di Jubail.

adik saya.


Kawan 2 ini adik saya tengah sedap makan ais - krim. Mu...ah walla. yummy..yummy.

musim panas.


bergambar di bawah pokok di kawasan fanateer, Jubail.

Cam ne comel tak ? Bukan senang nak pose gaya ni tengah panas ni.