Monday, April 12, 2010

Jubail -Riyadh - Mekah



Alhamdulillah..kami sekeluarga beserta keluarga Uncle Azri selamat mengerjakan umrah utk kali yg seterusnya.Perjlnan yg bermula dari Jubail - Riyadh - Mekah dipermudahkan oleh Allah.Kami parking kereta di Kudai (parking private)hanya 3 km dri Masjidil Haram selepas itu kami 2 keluarga menaiki taxi dan seterusnya ke hotel penginapan .Sebelum itu kami bermiqat di Taif (miqat al mehram)tempat miqat kesukaan orang2 Arab.Setelah siap urusan di sana kami menuruni bukit dari taif - mekah.Ini merupakan jalan pintas utk ke mekah yg hanya mengambil masa 15 minit sahaja.Di sini juga byk tempat menarik khususnya bagi yg ingin bercuti ala resort.Alhamdulillah..perjlnan balik pun dipermudahkan walaupun hujan membasahi bumi riyadh..kami sekeluarga selamat sampai sebelum maghrib pada hari ahad yg lepas..oklah moga berjumpa di cerita yg lain pula..au revoir(bye)

Saturday, April 3, 2010

Basikal baru Fatin dan Durian



Assalamuailaikum,sekarang kami tengah menghabiskan cuti sekolah (spring break)bermula pada 30 mac - 17 april.Cuti yg panjang ni bermacam2 program dilaksanakan ada yg balik kg,bercuti makan angin dan macam2 lagi .Tapi kami sekeluarga memilih utk berada di Mekah @ Madinah insyaallah..cerita terbaru adik fatin dapat basikal baru berwarna pink..suka sangat le dia..maklum le warna kegemaran..kami panggil basikal baru dia "maksu" sebab hampir dgn nama basikal dia"lulwa" jgn mareeee ye maksu..satu lagi kami gi ke Lulu Hypermarket biasa le cari makanan asia..tup2.. jumpa si durian ni...apalagi ambik je le...harga jgn tanya..2 biji je..dah dekat seratus harganya...apa bole buat hidup merantau nak makan kena le beli walaupun harganya..uuuuuhhh bole tahan..hilang juga le rasa rindu nak makan buah ni..sedap hingga menjilat jari...he..he...he..Ok lah, jumpa lagi di cerita yg lain pula...ilal ikok(bye)