Monday, May 31, 2010

Kawan baik......



Assalammuailaikum...bertemu lagi kita .Dalam minggu ini ada cerita baru tentang kawan baik kak nyah yang datang ke rumah...Gembira sungguh noor( panggilan kak nyah di sekolah )apabila kawan baiknya hendak datang.Nama kawannya ialah Baraah..orang arab syria.Kata ayah baraah..hari2 ada je cerita anaknya tentang noor (kak nyah) .So, hari jumaat lepas baraah datang beserta buah tangan satu kotak chocolate..tak tahu le sebab apa baraah bagi mungkin tanda terima kasih kut...tak tahu lah.

Apapun sepanjang hari tu..kak nyah dan kawan dia main basketball, belajar dan macam2 activity lagi lah yang diaorang buat...Kira puas hati le diaorang berdua dapat jumpa setelah lama buat appointment..he..he..he..Ok lah setakat ini saja cerita saya ..insyaAllah kita berjumpa lagi...ilal ikok( bye ).

Monday, May 24, 2010

International Day







Marhaba...berjumpa lagi. Cerita kali ini berkisar pada acara anjuran sekolah yg melibatkan keseluruhan grade 1 - 12 memperkenalkan setiap negara di dunia dgn budaya,makanan,ekonomi dan sebagainya.Grade 5 dikehendaki memperkenalkan negara Egypt kepada ibubapa serta rakan2 kelas yg lain.Program ini adalah bertujuan utk memperkenalkan budaya,makanan ,pakaian dan pelbagai lagi dlm usaha utk mendedahkan negara tersebut kepada orang luar.Acara kemuncak ialah tarian tradisi orang egypt iaitu "tarian gelek" tak bole nak tunjuk gambar sebab tarian dia memang hebat...penari yg menarikan tarian tersebut tahu lenggok dan siap dgn pusing2 kepala lagi macam helicopter...heh...heh...

Manakala utk kelas Kak nyah pula kelas dia memperkenalkan negara Arab Saudi.Kelas kak nyah ada makanan popular arab seperti kebab, nasi mandi dan sebagainya.Tarian pun ada juga cuma kelas kak nyah tarian dia tak sehebat kelas kak yong sebab tarian dia hanya menghayunkan pedang sahaja.

Apapun kak yong puas hati sebab grade 4 memperkenalkan malaysia maka ada byk lah juga makanan malaysia...sempat juga lah ambil 4 cucuk sate...kira orang yg last le..sate laku..orang lain dah ambil dulu..Ok lah jumpa di lain cerita...maassalamah

Sunday, May 9, 2010

Tahniah.....



Assalamuailaikum..buat family dan kawan2 di sana ..dah sebulan tak update blog ni..al maklumlah tengah sibuk dengan exam for term 2 .Alhamdulillah kakyong dan kak nyah berjaya meningkatkan prestasi markah yg lebih baik.Tahniah juga buat kak nyah yg berjaya mendapat "Honor Roll Achievement" semoga kak nyah kekalkan prestasi A+ ni,insyaallah.Alhamdulillah sekarang ni pula tengah sibuk persediaan bagi first assessment utk term 3 ( final exam).Bagi diri saya, persiapan bagi menduduki peperiksaan Cambridge International Primary Programme (CIPP),through British Council.Peperiksaan ini dijangka in late May or early June.Insyaallah saya akan buat yang terbaik.
Tahniah juga buat adik fatin yg dah bersekolah.Amboi2...ada saja berita yg di bawa pulang.Seronok juga dengar cerita dia.Itu tak lagi buah tangan yg di bawa dari sekolah.Ok le tu fatin ...kalu seronok.. bole le teruskan.Gurunya 2 orang, seorang Arab dan seorang lagi dari Canada.Muridnya tak ramai dalam 11 orang.Gambar di atas tu diambil ketika hari pertama fatin di sekolah...mula2 malu tapi kemudian mau...tengok le siap menyanyi lagi, di sebelah dia tu, berbaju biru adik Alin orang malaysia...Ok le, terima kasih kerana membaca cerita saya ni..insyaallah nanti kita bercerita lagi...maassalamah(goodbye)