Saturday, January 30, 2010

Trip ke Sci Tech di Khobar.


Ahlan Wa Sahlan,gambar ini ditangkap di kelas saya sebelum bertolak ke Sci Tech,Khobar.Ini merupakan trip yg pertama sepanjang saya bersekolah di sini.Kami pergi dgn 6 buah bas yg terdiri dari grade 3-12. Saya & rakan2 begitu teruja utk ke sana.Kami sampai di sana pukul 9.00 a.m.Lawatan kami dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu anggota badan,binatang darat,bumi dan binatang di laut.Tetapi yg paling teruja ialah The Max iaitu cinema yg menayangkan dokumentari berbentuk 3-D. Sebelum keluar kami sempat pergi ke gift shop .Alhamdulillah,kami selamat sampai ke sekolah seperti yg di rancang.

Sport day di J .I. S.



Assalammuailaikum, bertemu lagi ..kali ini saya nak cerita tentang sport day di Jubail International School.Sport day di sini berbeza kerana setiap permainan akan di selang-seli dengan tarian ataupun aerobic.Saya masuk acara golek tayar utk grade 5.Alhamdulillah ,team kami menang tempat pertama.Manakala adik saya di grade 1 masuk acara tangkap bola mendapat tempat kedua.Acara sport day di sini tak lama hanya memakan masa 2 jam sahaja.Apa pun saya gembira kerana sport day kami diadakan pada musim sejuk..ok kawan2 jumpa lagi.Ma'assalamah.

Tuesday, January 19, 2010

Mekah...Umrah dan Ziarah



Alhamdulillah..sekali lagi berpeluang utk ke mekah membuat umrah..syukur pada Allah yang memberi ruang untuk saya dan keluarga malaksanakan umrah dan tawaf sehingga selesai.Alhamdulillah saya berpeluang untuk mencium hajar aswad..yg selama ini hanya saya lihat di TV maupun majalah..syukran.Kali ini saya berpeluang membuat ziarah mekah bersama dengan uncle dari Universiti Ummu Qubra..terima kasih di atas info yang diberikan..byk maklumat yg selama ni saya tak tahu kini saya memahami betapa sukarnya perjuangan rasulullah dlm menegakkan islam.Insyaallah saya ingin dtg lagi utk mendapatkan info2 yg lain pula.Buat uncle khairul dan asmawi terimakasih semoga dilain kali boleh bercerita lagi...oklah jumpa di lain kali..insyaallah,ma'assalamah

Sunday, January 3, 2010

Kembali dari spain dan jumpa Opah/Atuk



Assalammuailaikum buat semua.Kami di sini alhamdulillah sihat.Lama tak update blog ni...sibuk kerana nak Exam ..huh...berasap kepala saya...Cerita tentang gambar di atas ,masa ni nak ke airport ( balik ke KSA ).Tu dia.. hujan salji turun dengan lebatnya...kereta kami dah penuh dengan salji...Alhamdulillah kami selamat sampai ke Dammam KSA seperti yang dijadualkan..Amin . Peristiwa kedua sekembali dari spain dapat jumpa opah/atuk di madinah....best dan rindu.. amat sangat dengan tuk/opah ,apalagi berkepitlah kami dengan orang yang kami sayang ni..heh..heh..jangan cemburu ye.... .Oklah insyaallah ada rezeki kita cerita lagi.Ma'assalamah