Monday, September 28, 2009

Turkiye.....

Selamat bertemu kembali dah lama menyepi kali ini Ky akan bercerita serba sedikit suasana di Turki.Gambar di ambil di sekitar Taksim .Kami pergi bersama satu lagi family iaitu keluarga uncle Pian belakang Ky tu anak dia Syafiq.Alhamdulillah Ky rasa seronok dapat menikmati keindahan Istanbul tempatnya memang cantik dan udaranya sejuk saja.Memang sesuai untuk beristirehat dan bercuti.

Hari pertama sampai kami masih puasa lagi ada pasar ramadan Turki .Hari2 seterusnya kami melawat tempat bersejarah seperti Blue mosque, Hagia Shopia ,Arasta bazaar, Topkapi Palace di sini ada ditempatkan peninggalan Rasullulah spt pedang,janggut ,stamp dan bekas2 simpanan barang rasullullah.Rasa terharu Ky bagaimana Rasullullah dan sahabat2nya menyebarkan Islam.Bagus juga sekurang-kurangnya Ky dapat info berguna tentang Rasullullah.

Hari berikutnya kami belayar menaiki bot selama 6 jam , menaiki bas melihat sekitaran bandar Istanbul yang byk bangunan bersejarah dan masjid2 lamanya. Aktiviti yang tak bole ditinggalkan pastinya shhhooooppiiiinnnggg.....Apa lagi gelang , baju T- shirt , baju kulit, souvenir2 yg lain juga tak lupa utk di bawa pulang huhhh...sakan bershopping sampai beranak satu beg...heh..heh..heh..

Insyaallah kami akan cuba upload gambar utk tatapan family di malaysia nanti. Kena tunggu le.... .Byk nak cerita tapi tak larat dah nak tulis .Kaki pun masih lenguh lagi sebab banyak berjalan .OKlah sampai jumpa lagi....gule gule bermakna bye( versi Turki).

Wednesday, September 16, 2009

SeLaMat HaRi RaYa dari Kami..........


Lama tak update cerita dari sini , mohon maaf KY agak kurang sihat mungkin kerana pertukaran musim maklumlah nak ke musim sejuk. Di kesempatan ini KY dan family nak mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA" buat family besar Ayah dan family sebelah Mak tak larat nak tulis nama sebab ramai sangat.
Insyaallah , kami sekeluarga akan berhari raya di Turki tengoklah jika ada kesempatan bolehlah berskype....he..he...he.. dgn family di Malaysia.Begitu juga buat rakan2 KY minta maaf jika ada yang terlebih gurau...minta maaf jangan marah.....ye..
Sempena hari yang mulia ini kami sekeluarga ingin memohon maaf jika ada salah silap . Harap2 KY tak nangis di pagi raya nanti terutama bila dengar takbir raya kenalah tahan sebab hidup merantau ni mesti jauh daripada saudara mara.
Oklah sampai di sini saja" Dari jauh kami pohonkan ampun maaf, jangan sedih pagi raya tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia ...... Jangan lupa duit raya untuk Ky and adik2 hingga kami pulang ke malaysia. ....." ( Tune lagu Sudirman "Dari Jauh Ku Pohon")

Sunday, September 6, 2009

Nak gi mana ni.......

Baru je cerita pasal puasa tengoklah ceritanya ada di bahagian bawah. Ni KY nak cita pasal cuti pulak .Kat sini cuti raya 7 hari memandangkan sekolah akan buka lepas raya jadi kami sekeluarga ambil kesempatan utk melancong nak tengok negara lain.Destinasinya tergolong salah satu dari negara Eropah. Menariknya negara ini ada bahagian Asia dan bahagian Eropah.Tak taulah macamana nak cita tunggu kita pegi dulu.
Ini adalah gambar di mana KY & family akan pegi.Jadi kalau ada yg nak meneka tu silakanlah..he..he..he.. Ingat nak balik Malaysia bole raya..dengan saudara2.Ayah kata nak balik malaysia tak cukuplah 7 hari , mesti nak lama nak lawat semua family, insyaallah .Jadi Ayah ambil keputusan utk bercuti je , lagipun tak terburu2 nak sekolah nanti .Keperluan sekolah pun dah beli tunggu nak masuk je lah.Tempat yg kami lawati nanti hanya 4 jam je..dgn flight daripada sini.Apa yang penting KY dan adik2 dapat ilmu baru tengok negara orang dan yang penting bersyukur dengan nikmat dan kejadian yang Allah jadikan. Betul tak kawan2....Ok jumpa lagi ...Ma' sallamah.

Cerita bulan Puasa


Alhamdulillah KY & KN dah selesai menghabiskan posa yg ke 16 hari di Tanah Arab Saudi ni.Memanglah mencabar terutama di musim panas ni tetapi syukur pada Allah kami berdua dapat melaksanakannya dengan baik, Alhamdulillah.
Sepanjang ramadan di sini kami sentiasa menerima undangan berbuka di rumah kawan2 Ayah.Bestjugak dapat jumpa kawan2.Ini kawan baru KY & KN baju kuning tu...nama dia Ain dan sebelah lagi tu baju biru.. Sophea.Ni dekat compound ARAMCO di Ras Tanura.
Bagaimana dengan saudara2 dan kawan2 di Malaysia berbuka mesti best....kan sebab bole gi pasar ramadan betul tak.....Hanya tinggal beberapa hari lagi puasa sebelum kita menyambut aidilfitri.Kami berdua tak beli baju raya sebab insyaallah kami nak gi bercuti. Di mana ya.... tunggu...............................