Monday, September 28, 2009

Turkiye.....

Selamat bertemu kembali dah lama menyepi kali ini Ky akan bercerita serba sedikit suasana di Turki.Gambar di ambil di sekitar Taksim .Kami pergi bersama satu lagi family iaitu keluarga uncle Pian belakang Ky tu anak dia Syafiq.Alhamdulillah Ky rasa seronok dapat menikmati keindahan Istanbul tempatnya memang cantik dan udaranya sejuk saja.Memang sesuai untuk beristirehat dan bercuti.

Hari pertama sampai kami masih puasa lagi ada pasar ramadan Turki .Hari2 seterusnya kami melawat tempat bersejarah seperti Blue mosque, Hagia Shopia ,Arasta bazaar, Topkapi Palace di sini ada ditempatkan peninggalan Rasullulah spt pedang,janggut ,stamp dan bekas2 simpanan barang rasullullah.Rasa terharu Ky bagaimana Rasullullah dan sahabat2nya menyebarkan Islam.Bagus juga sekurang-kurangnya Ky dapat info berguna tentang Rasullullah.

Hari berikutnya kami belayar menaiki bot selama 6 jam , menaiki bas melihat sekitaran bandar Istanbul yang byk bangunan bersejarah dan masjid2 lamanya. Aktiviti yang tak bole ditinggalkan pastinya shhhooooppiiiinnnggg.....Apa lagi gelang , baju T- shirt , baju kulit, souvenir2 yg lain juga tak lupa utk di bawa pulang huhhh...sakan bershopping sampai beranak satu beg...heh..heh..heh..

Insyaallah kami akan cuba upload gambar utk tatapan family di malaysia nanti. Kena tunggu le.... .Byk nak cerita tapi tak larat dah nak tulis .Kaki pun masih lenguh lagi sebab banyak berjalan .OKlah sampai jumpa lagi....gule gule bermakna bye( versi Turki).

No comments:

Post a Comment