Tuesday, January 18, 2011

Aktiviti di sekolah & penghargaan....






Bermula kita dengan cerita cuaca yang mendung dan hujan pada 2 hari yang lepas.. guru2 di sekolah juga mengingatkan murid2 agar memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca sekarang.Namun cuaca yang sejuk ini sekurang2nya terubat dengan "movie day"...best! tak sabar nak tunggu tayangannya sambil makan burger(dah siap order) ...Program ini dikelolakan oleh murid2 dari grade 11 and 12...yang juga merupakan "student committee members"..mereka ini lah orang kuat @ tulang belakang bagi menjayakan apa2 aktiviti yang akan ,sedang atau telah dijalankan di sekolah..namun setiap kelolaan mereka akan dibantu oleh guru2 bagi memastikan objektif sekolah berjalan dgn baik dan lancar.


Tahniah buat kak nyah yang mendapat penghargaan dari guru kelas beliau(gambar di atas).Alhamdulillah ,doa yang kami pohon padamu ya Allah,kepada mak dan ayah,guru2,doa dari semua serta rakan2 yang membantu kami berdua sehingga mendapat keputusan yang baik..bagi first term ini..Alhamdulillah.Semoga kejayaan ini dapat kami kongsi bersama dengan keluarga2 di Malaysia..InsyaAllah itu saja setakat ni...ada rezeki kita bercerita lagi...maassalamah

Sunday, January 9, 2011

Sekolah baru dan cuaca....




Alhamdulillah bertemu kembali,seperti biasa cerita baru tentang perpindahan kami ke building sekolah baru di Huwaylat sector.Sekolah yang besar menempatkan 2 bahagian boys and girls section.Di atas tu adalah peta bagi memudahkan parents utk menghantar anak mereka bagi yang pergi dan balik dgn private transport.

Sekolah baru ni besar ..hari pertama saya dan kawan2 sesat nak cari tandas ...heehhehehe.Sekarang ni kami bersukan di dlm kawasan yang luas dan besar..tidak lagi di luar seperti dulu..dilengkapi dgn aircon..sekolah baru ni lebih canggih.

Cuaca pagi ni berkabus...eemm best.. lama tak tengok kabus ..saya dan jiran saya anak2 auntie zaidah ambil peluang bermain di dalam cuaca begini .mulut pun berasap bila kita bercakap(sejuk)...hehehehe.

Buat opah,atuk dan mak su serta wan yam yang sempat berskype hari tu.InsyaAllah kita akan bercerita lagi.Inas pun dah sambut birthday kawan dia baraah di Mc Donald..masa nak ambil dia kat sana .bukan main seronok main sampai tak sedar kita datang..:)
Ok la..nanti kita bercerita lagi..maassalamah