Sunday, June 12, 2011

Gambar dari cerita Riyadh siri 2..

Ini adalah sebahagian dari gambar yang diambil ketika di Riyadh..selamat berjumpa lagi...:)


Bergambar di depan Malaysia Restaurant Mutiara


Panorama dari jejambat Kingdom Center di bawah Bandar Riyadh


Gambar Kaabah sekitar tahun 50an awal 60an


Gerudi minyak sekitar tahun 30an


Khemah bedouin di padang pasir


Ukiran tingkap rumah lama Arab


Quran lama bertulis tangan


Bangunan National Muzium

Riyadh...siri 2

Assalamuailaikum,bertemu kita dgn siri 2 @ yg terakhir kisah perjalanan ke riyadh.Hari kedua kami ke National Muzium.Di sini kami byk mengetahui kisah sejarah Rasulullah,sejarah Arab Saudi terbentuk menjadi negara pemerintahan monarki dari peringkat awal hinggalah terkini, sejarah perjumpaan minyak di Eastern Province,sejarah ilmuan-ilmuan islam yg terkemuka juga sejarah Mekah dan Madinah.Memang menarik...di dlm muzium ini pula setiap kisah di bahagi kepada setiap bahagian..yang mempunyai tarikannya yg tersendiri.
Kami tertarik juga dgn kehidupan awal org saudi yg menjadi nelayan serta kehidupan org bedouin di padang pasir.Sejarah yg setengahnya tidak ada di dlm buku tetapi kita bole mengetahui sejarahnya di sini.Mungkin ramai yg mengetahui sejarah bangsa yg dilenyapkan oleh Allah kerana ingkar pada perintah Nabi yang memimpin mereka seperti kisah "Madain Saleh".Alhamdulillah ini merupakan satu perjalanan yg tidak akan saya lupakan.
Pada hari ketiga xtvt kami byk dihabiskan di bahagian Poolside program.Selepas selesai sembahyang jumaat kami checkout sebelum menuju ke Malaysian Restaurant (Mutiara).Selepas itu kami bergerak menuju ke Kingdom Center merupakan bangunan tertinggi di Riyadh.Kami menghabiskan masa di atas sambil melihat panorama yang menarik dari sana.Di dalam pukul 6 ptg kami bergerak menuju ke Jubail dan selamat sampai ke destinasi dlm pukul 12 tengah malam.Letih tetapi dgn ilmu yg saya dapat sudah tentu saya dapat kongsikan dgn rakan2 .Ok sampai di sini...Insyaallah kita berjumpa dgn lembaran yg lain pula...maassalamah .