Saturday, August 21, 2010

Aktivity Cuti Sekolah ( 4 )...





Masaa al-khair...(Good Evening).Kali ini saya bercerita tentang aktiviti"I Am A Super Muslim".Aktivity ini telah berakhir semalam di Ibn Zahr Beach Camp,Jubail.

Aktivity ini dibahagi kan kepada 4 bahagian mengikut umur...Setiap bahagian pula akan diajar oleh seorang facilitator.Facilitator yang mengajar kita adalah Auntie Kay,Auntie Normawati,Auntie Neeza,Auntie Basyiran dan seorang Ustaz dari Pakistan.

Setelah selesai program....Kami di kumpulkan di dewan untuk acara penyampaian sijil...tengoklah gambar adik Fatin dgn sijil dan goodies yang diberi.Selepas itu,sesi berbuka puasa beramai-ramai bersama ibubapa yang hadir...Sedap makanannya....Rasanya ini saja cerita kali ini...ada rezeki kita berjumpa lagi,Insya-Allah.Ramadhan Kareem ..maassalamah

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah (3)...



Alhamdulillah...bertemu lagi,sepanjang cuti ni saya dan adik banyak menghabiskan masa dgn xtvt membaca.Selain dari tu kita dapat menambah koleksi buku2 cerita.InsyaAllah dlm minggu ini juga ada xtvt "I AM A SUPER MUSLIM" siri terakhir yg akan diadakan di Ibn Zahr beach camp.Alhamdulillah..satu xtvt yg menarik dan terbaik utk anak2 warga malaysia di sini.Terima kasih buat facilitator yg bersusah payah menyediakan bahan2 utk xtvt ini.

Tidak lupa juga rasa syukur kami berdua saya dan adik kepada Allah. Buat mak dan ayah terima kasih kerana bersusah payah mendidik kami.Debaran utk mengetahui keputusan periksa ,akhirnya terjawab...pagi tadi ayah dah pergi ke sekolah utk mengambil keputusan...Alhamdulilah kami berdua bersyukur dgn results kami.Buat kak nyah..mabrook "An outstanding result" dan buat diri saya,semoga prestasi yg terbaik ini dapat kami berdua kekalkan,Alhamdulillah..Okay lah ,insyaAllah kita jumpa lagi,maassalamah.

Monday, August 16, 2010

Aktiviti cuti sekolah (2).....




Ramadan kareem buat saudara mara serta rakan taulan di mana saja anda berada...alhamdulillah ,ini merupakan tahun yg kedua buat kami sekeluarga berada di tanah arab ni...ramadan menjelang lagi....marilah kita merebut peluang yg hanya datang sekali dlm setiap tahun ini...Kali ini warga malaysia di jubail telah mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah uncle rafik dan aunty bashiran,alhamdulillah majlis ini dapat merapatkan lagi siratulrahim antara warga malaysia yg lama dan yg baru sampai ke tanah arab ini...mabrook.Oklah,waktu berbuka dah dekat ni..insyaAllah kita bercerita dilain kali yee...maassalamah..

Aktiviti Cuti Sekolah ( 1 ).....




Assalammuailaikum..Keaf halik? Alhamdulillah kami semua sihat.Dah lama tak update blog ni..aktiviti sepanjang cuti sekolah ni bermula dgn aktiviti mak saya.Sepanjang bulan syaaban yg lepas mak dan rakan2nya seperti aunty linda, aunty za, aunty amber (org pakistan) dan aunty bashiran telah mengikuti kelas bahasa Arab yg diajar oleh teacher khairiah.. selain dri belajar bahasa Arab ,mak dan rakan2 juga belajar masak makanan Arab....seperti dlm gambar diatas iaitu Kabsa @ briyani arab.Memang sedap saya makan dan tambah byk kali...alhamdulillah...ummp kenyang..Kelas yg berlangsung selama sebulan berakhir dgn Farewell party...teacher khairiah sudi utk memasak makanan pda hari tu...Dia juga menjemput 2 org rakan arabnya utk berkomunikasi dgn geng mak...bole la ( khalil )sikit2...insyaAllah.. Ok ,ilal ikok .maassalamah