Tuesday, October 4, 2011

Sesi baru...

Alhamdulillah percutian selama 5 minggu dah berahir kini kami sekeluarga kembali ke jubail dengan kepuasan.Pertama percutian ketika kami berada di bumi yang penuh barakah iaitu Mekah dan Madinah...kedua kami pulang bercuti berjumpa sanak saudara dan sahabat handai yg lama tak kami kunjungi.Kepulangan kami di sambut dgn kehadiran baby Cik Mi yang baru serta baby Ayah Alang..makin ramai la nampak famili kami...heheheh.

Kembali ke sini sesi persekolahan telah pun bermula ,buat Fatin ini merupakan sesi yg baru bagi beliau memasuki alam persekolahan buat minggu pertama tu...asyik mengalir airmata je....selepas 2 minggu sekolah wajah dah berubah...suka ke sekolah sebab ada kawan...heh lawak betul budak ni.

Kami juga akan menghadapi first assessment pada minggu depan...memang banyak kerja,itu belum masuk projek yang perlu disiapkan...semua tu penting utk mendapatkan markah.Ok la semua,insyaallah ada rezeki kita bersembang lagi....adios

No comments:

Post a Comment